MAJLIS DAERAH TELUPID MAJLIS DAERAH TELUPID




PERANAN DAN FUNGSI MAJLIS DAERAH TELUPID


Pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Telupid berperanan dalam memberi perkhidmatan seperti:-

Majlis Daerah Telupid adalah Penguasa Tempatan yang berautonomi kewangan sendiri yang telah ditubuhkan pada 2020 melalui Warta Kerajaan, Tambahan JLD.LXXVJ 23 Januari 2020.

a)Memproses, meluluskan, mengeluarkan dan mengawal pelbagai jenis perniagaan dan penjaja, iklan-iklan dan papan-papan tanda;
b)Mengadakan perkhidmatan kebersihan bandar dan menyediakan perkhidmatan kawalan sampah-sarap, perkhidmatan kutipan sampah, pembersihan parit, longkang dan saliran air, perkhidmatan saluran dan pembentungan najis;
c)Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan dan kebersihan premis makanan;
d)Kawalan penyakit berjangkit;
e)Membina dan menyelenggara jalan raya, sistem perparitan dan saliran;
f)Membina, menyediakan dan menyelengara kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai-gerai makan, gerai-gerai menjaja, pondok-pondok bas, rumah penyembelihan haiwan ternakan, rumah sampah, dewan serbaguna, padang bola, taman rekreasi dan permainan kanak-kanak;
g)Mengindahkan dan menyelenggara sanitari alam sekitar dengan penanaman pokok kayu, pokok bunga dan penyediaan kemudahan yang berkaitan;
h)Menyediakan dan memungut cukai-cukai pintu bangunan dan perumahan di kawasan perkadaran;
i) Mengawal dan merancang pembangunan daerah;
j) Menguatkuasakan undang-undang kecil Majlis (Pihak Berkuasa Tempatan).

Majlis Daerah Telupid turut berfungsi sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta 172 dan kawalan pembinaan bangunan melalui Akta 133.